Isnin, Februari 14, 2011

Home » » Senang & Menang with Puteri Katek!!

Senang & Menang with Puteri Katek!!




Kakyong nak ucapkan terima kasih pada Nanakimie sebab inform kakyong pasal contest senang & menang ni.. hari ni dah nak due… Smile with tongue out harap2 sempat lah lagi..

Resepi yang kakyong nak sharekan ini adalah Rendang Dendeng.



Basically, cara memasak nya mudah ajer.. rebus daging (tak perlu potong masa nak rebus, biorkan jer seketul cam tu jer). Masa tengah rebus daging, boleh la siapkan bahan2 nya..


resepi penuhnya dalam kotak ni yer… Winking smile



bahan-bahannya :
  • 300 g @ 1/2 kati Daging lembu, *ni sukatan kakyong untuk sekali masak, sekali hadap jer.. untuk kami suami isteri.. anak2 tak reti makan daging lagi*
  • 1 labu bawang besor.. *amik yang besor sekali.. Open-mouthed smile kakyong memang suka banyak bawang *
  • 2 sudu makan cili giling *kakyong dah lama tak guna cili kering, jadi tak tahu brp tangkai cili kering nak guna.. lagipun cili kering ade yang jenis pedas & ade yang kurang pedas, kakyong guna cili giling Puteri*
  • 1 cm halia *agak2 jer lah, nak sikit jer*
  • kicap lemak masin
  • 1 batang serai
  • baki air rebusan daging
  • garam & gula secukup rasa
cara membuatnya :
  • daging direbus. masukkan air hingga semua daging terendam, kemudian rebus dengan api yang sederhana sehingga air hampir kering @ separuh kering. tunggu sejuk sket, pastu hiris2 daging nipis2 dan ditumbuk guna lesung batu, kasi lembut… daging yang dihiris wajib ditumbuk, kalo tak ditumbuk@diketuk bukan namanya rendang dendeng.. Smile with tongue out 
  • bawang, serai & halia dikisar halus
  • tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sampai naik bau semerbak harum.. Winking smile
  • kemudian masukkan cili giling masak sampai naik minyak (elok garingnya)..
  • bila cili dah betui2 naik minyak & elok masak.. masukkan daging, baki air rebusan & sedikit kicap.. kicap ni agak2 lah yer..
  • masak sampai sehingga agak pekat.. kakyong suka dia basah2 sket.. rasakan garam & gula.. *tapi kakyong tak boh gula, sebab kicap lemak masin dah cukup rasa manis*




Harap puan penganjur sudi nak mencuba resepi rendang dendeng resepi istana kerabat Diraja Perak.. Open-mouthed smile Bahan2 pun mudah dan senang. Boleh dimakan dengan nasi putih, juga nasi berwarna (beriyani, nasi minyak dsb), roti, lempeng & boleh juga buat inti sandwich.


BUat puan penganjur, kakyong simpan semua banner GA di page banner GCL.. Winking smile




salam kasih sayang,
Kakyong HY




4 ulasan:

  1. awalah dondang dondang la sayang...

    eh eh.....dendeng....hahaha suka suka!!!

    thanks ye kak yong....emm..sy cik lagi...hehehehe

    BalasPadam
  2. @putERi-kAtEkcik lagi yer,, takpe.. nanti dah pandai memasak, cepat la dpt title 'puan' tu... ;)

    BalasPadam
  3. maceh sis join sekali:)bolehla nana simpan resepi ni mana taw nak belaja wat rendang dendeng t:)bolehkan sis nana simpan wat belaja masak t:)

    BalasPadam
  4. @nanakimie nanakimie, silakan.. ni rendang paling senang & sedap.. tak rugi belajor ni.. Sultan Perak punye feveret ni.. ;) tak tipu, ni memnag rendang dr istana Perak, berasal dr Sulawesi.. jauh tu..

    BalasPadam