Jumaat, Julai 01, 2011

Home » » Jom Join Giveaway: Ziesalikan!! saya nak CANTIK!!!

Jom Join Giveaway: Ziesalikan!! saya nak CANTIK!!!



Lagi sekali Kakyong di tag oleh kak Azatie.. suka benor akak tag teman yer.. Smile with tongue out



GA ini due pada 18 JUlai 2011

Untuk bercerita kebaikan susu ibu, memang tak akan habis.. jadi di sini kakyong kongsikan pengalaman kakyong sendiri (nota: Anak dah hampir 3 tahun, tapi masih menyusu badan)
  • 1st thing, kolostrum, susu pertama dari keluar adalah sangat-sangat bernilai, kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan.. jadi sangat rugi jika ibu-ibu tidak menyusukan bayi pada hari-hari pertama bayi dilahirkan.. tidak semua ibu mempunyai peluang menghasilkan kolostrom pada hari pertama kelahiran, tapi jangan jadikan ia alasan untuk tidak menyusukan bayi.., suakan ajer.... namun sebaik berjaya menghasilkan susu, terus lah susukan baby.. suakan ajer. Miracle sebab baby ni Allah beri kelebihan untuk menghisap sebaik lahir ke dunia.. cuma ibu2 harus belajar cara utk melekapkan mulut baby ke B dengan betui.. Winking smile 
  • dan pastinya susu ibu mampu mengurangkan risiko pencemaran, sebab direct sua B ajer kan.. tak perlu nak steril botol susu bagai..
  • membantu mencepatkan proses pengecutan rahim ibu yang dalam pantang.. Thumbs up
  • yang pasti susu ibu mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi, cukup air dan segala vitamin untuk tembesaran bagi bayi dari umur 1 hari hingga 6 bulan, tanpa perlu makanan tambahan.
  • mudah disajikan, tak perlu nak bawa macam2 peralatan seperti botol susu, bekas susu, bekas air panas.. kalo nak travel, jenuh la nak bawa extra beg, kadang2 ade lah peralatan yang tertinggal.. kan mudah bila menyusu badan.
  • susu ibu memang mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.. Winking smile dah umur hampir 3 tahun pun, masih nak melekap dengan ibu..
  • boleh mengurangkan berat badan si ibu tapi harus lah disertai dengan senaman dan pemakanan yang seimbang.. Winking smile
  • selain itu penyusuan ibu menjauhkan risiko kanser payudara dan ovari (rahim)
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan, tapi yang ini tidak apply untuk saya. Untuk anak 2nd fully breasfeed dari day1, tapi selepas 2 bulan ++ melekat pulak.. huhuu.. rezeki, terima ajer lah kan.. Winking smile
  • penyusuan ibu sepenuhnya amat digalakkan sehingga bayi berusia 6 bulan, Insya Allah, baby akan lebih sihat, jarang sakit.. dan kuat antibodinya.. macam anak ke3 kakyong, dia jarang sakit, dan sangat aktif. Winking smile
  • yang pasti susu ibu memang yang TERBAEEKKK, tiada tandingannya..


Kakyong tag PIJA dan HEZ.. dua-dua pun ibu-ibu yang pro-BF. Winking smile



4 ulasan:

  1. wa...tahniah akak sebab berjaya brestfeeding sepenuhnya.....tq eh akak join n follow..

    BalasPadam
  2. @ZieSalikan sama-sama Zie... skrg ni masalah nak wean off plak.. dah 3 tahun, dok melekat jer, payah gak.. huhuuu :p

    BalasPadam
  3. lor...hehex pe lah biasa lah tue..hehehe
    akak tahniah ye...akak pemenangnya....so zie nak detial ttg nama penuh,alamat dan no fon untuk pos hadiah......email kat ziesalikan@gmail.com

    BalasPadam
  4. @ZieSalikan Terima kasih Zie.. kakyong baru semak malam ni... dah email kan tadi...

    BalasPadam