Memaparkan catatan dengan label Yatie Mommy SN Chome. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yatie Mommy SN Chome. Papar semua catatan

Selasa, Januari 12, 2010

TAG : Tanda-tanda anda... dari Mommy Sn

Sudah sangat lama TAg ini ibu terima, so hari ni ibu ambil kesempatan untuk menjawab tag.. ni yang ibu terima daripada Yatie Chomeyl Mommy SN


TANDA-TANDA ANDA...

1. tanda anda badmood ?
muncung tetiba jadi panjang, muka masam mencuka & tak mau bercakap dengan sesaper pun


2. tanda anda marah ?
boleh melayang pinggan-periuk-belanga.. :D & tetiba jadi terlebih rajin mengemas rumah... * ni kalo marah dengan en ayah la.. perang dingin tak bercakap.. so tak de menda nak bercakap.. so tangan & kaki le kena jalan.. tu yang macam2 yang dibersihkan... LOL !!

3. tanda kamu malu ?
tetiba mulut jadi terkunci.. senyum cam kerang busuk jer... speechless... :>

4. tanda kamu sedang cemburu ?
aiseehh.. tak sure lak bab ni.. cemburu camner erkkkk... ayooo, tak tau lah nak jawab yang ni..


5. tanda kamu sedang sedih ?
dok diam2.. sob sob sob.. ;( la ni dah ade anak2, so nangis dalam bilik air... uhukkk malu ehhh kalo nangis depan anak2...

6. tanda kamu gembira
I FEEL GOOD... muka berseri2.. jadi terlebih rajin masak & mengemas rumah.. anak2 buat perangai pun, tak kesah.. let it be...


Laa.. ingatkan dah habis.. rupernya ada lagi... jom sambung

Rabu, Julai 08, 2009

Award dari Mommy SN & Siti Nurbaiya


ini dari Mommy SN chomeyl... mekasih.. lovely friendship awards..




Ini pula dari Dr Siti Nurbaiya...
sapa rasa nak minta medical advise or pasal sakit apa2 ker,
sila jengah blog Doktor Siti Nurbaiya


Pada kawan-kawan ibu yang belum pernah ade award2 di atas, sila lah ambil yer. Usah malu2.. kalo malu tak dapat award yg chomeyl2 nih...






Rabu, Jun 24, 2009

Award Amazing Blog..!!




Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :

Award ini kakyong terima daripada
  1. zieha ~ anak tunggal, ibu kepada firas yg cute dengan lesung pipitnya, suka bowling, suka bertenet & baru balik melancong dari Korea

  2. Noy ~ ibu kepada Darwish yang hensem, en hubbynya orang N9 , emaknya org Miri serawak daddynya org Brunei, dia memang rajin update blog.. & sangat galak juga di FB... *heheh, lebih dr 5 fakta ni..*

  3. Yatie Mommy SN ~ sudah jadi ibu kepada Shafiq Nazhan, sangat suka jalan2 shopping walopun dah sakit2 nak bersalin , mek kelate ni pandai memasak, blog nyer memang menarik utk ku singgah selalu & daku antara pengomen chomeyl nya... heheheh...


  4. Puan Fid ~ dia ni kalo update blog memang berentri2 sehari (memang tak terkejo nak bg komen.. kalo 2,3 hari tak masuk dah berpuluh entri nya yg daku misss... ), pandai menjahit beg walaupun dia kata dia jahit senget2, anak nya yang baru satu tu pandai lukis sotong.. * hinggakan anakku si Fikri teruja kan main tatkala melihat lukisan gedebi*, pandai berbahasa jepang & daku baru tahu kenapa dia panggil anaknya 'gedebi' & ibu yang pro-BF *bukan setakat pro tapi sangat sengal & weng bila bercakap tentang susuibu.*

  5. Mommy Lyna MSK ~ ibu kepada Hafiy & Fahry, dia claimed dia seorang yang pemalu.., bercita2 ingin menjadi freelance consultant (I think ur r on the track... caiyookkk!!), baru menyambut besday yang ke 27 tahun & blog beliau adalah antara blog terawal yang daku jumpa dalam dunia blogger ni.


  6. Syahadah ~ *aiikkk, naper syahadah tak tulis 10 perkara tentang dirinya utk award amazing blog nihh...* btw, syahadah ni ibu kepada Dierra & adik Bella, en suami dia jurulatih lumba basikal, raya belum lagi tapi dia sekeluarga dah tempah dah baju raya sedondon, dia perasan dia gemuk masa dia muda remaja dulu... & dia ade family angkat kat belah2 Mannjung.

  7. Dayah
    ~ ummi kepada syukrina, koje di seberang laut (seberang guna jambatan pulau pinang), ibu yg pro BF & pro CD (go-green parenting), dia kata suara dia kuat (berbatu2 boleh dengar.. dia yg kata bukan daku.. ), baru ni daku g jengah blog dia... dah berubah wajah rupanya...

  8. Mirah ~ ummi kepada Khadijah & Aisyah, seorang penjawat awam yang pro-BF, dari gaya penulisan di blog daku rasa beliau ni lemah-lembut orangnyer.., bulan lepas dia dalam dilema antara PTD & kerja sekarang, dan lastly tahniah kerana mendapat kenaikan jawatan (promotion kan... hmm, rasa2 nya lah... heheh, cam lupa plak.. )

  9. puan sitisifir10 ~ ummi kepada 2 putera & 2 puteri, tokey kedai cermin mata (sapa nak buat cermin mata boleh contact Pn sitisifir10.. mana tau dapt diskaun istimewa... ) ;) , tinggal di Parit Buntar, tak silap beliau sudah menang beberapa contest... (Tahniah, tapi ku cemburu... huhuuuu), masa form 4 dapat no1 & subjek dia terer ialah AddMath... (sama.. ku pun suka Addmath.. lebih2 lagi yg dydx tu...) :D


Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :

  1. daku hari-hari ingin jadi ibu hebat yang rajin mengemas & membersihkan rumah. tetapi rumahku tetap macam perahu @ tongkang pecah, hanya kemas bila sudah di tengah malam.. tapi itu pun kadang-kadang bila ku sangat letih.. esok subuhnya baru ku dapat kemas & bersihkan... kalo la ada lampu aladdin, gosok jer & panggil jin tolong kemas rumah kan best /hmm

  2. ku paling malas bab2 nak mengelap habuk.. kadang2 kipas rumah ku sampai tebal habuk nya.. sudah ala2 nak jadi salji baru ku cuci... /wahaha

  3. ku juga sangat lembap bab-bab melipat kain ni.. kadang-kadang berlonggok di bilik belakang.. kalo orang datang rumah, ku rasa nak kunci ja bilik tu, sebab bilik tu sebelah bilik air, nanti bila tetamu ke bilik air, pasti akan diselak langsir pintu.. maka terserlah bilik solatku yng bersepah dgn longgokkan kain baju. /no

  4. yang paling ku suka buat adalah memasak.. sebab bila siap masak boleh terus dimakan.

  5. sudah masak, bab nak kemas-kemas sinki dan perkakasan masakan juga satu kelemahan daku.. kadang2 ku susunkan sahaja di sinki... nanti bila senang baru ku basuh.. ni semua idea suamiku.. katanya masa dia kerja di hotel dulu.. selepas setiap function, sisa2 makanan akan diasingkan & pinggan2 pula akan disusun cantik2 seolah2 macam belum diguna.. /hihi

  6. sebab lantai rumah ku tile warna putih, maka daku memang tidak boleh tidur malam, jika daku tidak selesaikan kerja mengemop disebelah malam selepas anak-anak tidur.. kerana esoknya tatkala bangun pagi, ku kan rasa lebih bersemangat saat memijak lantai yang bersih.. ... /wahaha

  7. daku ingin sekali terusan membuat kerja part-time membuat akaun, tetapi kerana anak2 daraku telah menjadi penyebuk terhebat & nyaris2 dokumen orang dilunyaikan depa.. maka daku terpaksa-rela melepaskan kerjaya terhebat ku itu.... /floor

  8. daku teringin nak gather-gather blogger belah2 Perak ni.. tapi daku malas nak jadi penganjur... agaknya adik ipar ku miela77 mesti mau.. sebab dia memang gila glam.. & suka kerja2 jadi host ni... /wahaha

  9. daku juga teringin nak buat contest di blog Catatan Ibu.. tapi daku tak mampu nak tawarkan hadiah hebat2.. kecuali ikan haruan kering, ikan puyu kering, kacang botak, @ apa2 jua kerepek bikinan sendiri... ada yang mau ker.... vote please...!! /blush

  10. daku juga berhajat nak buat giveaway utk komentar terhebat.. bukan komentar bulanan, tapi yang terkumpul... tapi hadiah yang daku ada.. hanya 1 ringsling murah2... saper nak... sila lah rajin mengomel di kotak komen daku.. akan daku maklumkan tarikh tutupnya bila tiba saat nya nanti... teruskan beramah mesra... :X :X



Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe tentang mereka :

  1. Bai @ Mama nazhan ~ suka blog dia sebab tiap kali jengah dapat jamu selera sambil tahan air liur dengan cupcake yang pelbagai ;;)

  2. SitiAzura ~ ni wife cikgu yang ade 2 anak ni, tiap kali masuk blog dia mesti dia tepek foto masakan jer.. dah le tu masakan dia bukan cekai2.. masa dia citer dia sakit gigi pun tapi menu dia.. walla macam makan kat restoren nyer menu.. :D

  3. kak Azlina deco ~ ni pun satu lagi blog yang daku suka sebab dapat menjamu mata juga.. ini menjamu dengan indoor deco... english style lagi... memang ku suka, ku sentiasa jadikannya inspirasi moga2 rumahku sekemas itu walau tak punya perabot hebat2 itu... :X

  4. yati xstitch ~ ku suka jengah untuk lihat hasil2 xstitchnya.. ku pun minat xstitch.. nanti ku tunjukkan koleksi yang ku ada, tapi semuanya dah pernah siap.. ada yang dah siap, tp ku malas nak framekan... ;)

  5. Yan ~ harus ku beri, sebab dia ni kuat meroyan di blogku.. takde sapa ka nak challenge Yan ni.. bulan ni bagi la orang lain plak yang dapat top komentar.... hihihii.. :))

  6. SyahNur ~ suka tengok hasil kerja tangan Accounts Executive ni.. bukan setakat pandai pegang calculator tapi pandai gak mengendalikan mesin jahit.. tak sabar nak tunggu giveaway nya...

  7. Syayassir ~ dia ni walaupun baru ku kenali, tapi tahap kekerapan beliau ke blog Catatan Ibu memang amat membanggakan sekali. Sya, kena lebih kerap beramah mesra di kotak komen, supaya boleh saingi Yan.. nak komen di entri yg dah lama2 pun okay.. sebab semua sudah ku subscribe, setiap komen akan sampai ke email ku.. ;)

  8. Ila mama faiz ~ dia ni pun rajin ke blog ku.. ikut kata Mr Histats lah.. tetapi kenapa tak rajin nak beramah mesra di kotak komenku.

  9. Ummu Mishkah ~ juga antara yang ngetop dalam senarai terajin ziarah Catatan Ibu... pesanan daku sama seperti no 7... hihihhhiii... ada masa lagi ni.. cepat cabar Yan..

  10. kak atty ~ blogger tegar yang sangat peramah.. walaupun followers nya berganda2 dari daku, tapi dia mampu untuk ziarah kerap2 ke blog daku... malunya daku.. harus ku belajar tips2 dari nya ni... ;;)