Jumaat, Mei 29, 2009

Home » , » Award dari Yan & MamaSyaza

Award dari Yan & MamaSyaza

Mulai 29 May 2009, semua award yang diterima dari kawan-kawan kakyong akan terus ditepek di sini... * heheh, dulu cam ade byk masa nak tepek 2 kali.. sekali kat main blog (Catatan Ibu) & kemudian dipindahkan ke mari.. nampaknya ia tidak lagi efficient & effective..*


Award 1 : dari Yan



award ni siap ade tag lagi.. * tapi kakyong tak berapa faham, sbb kata Yan kena kongsi dgn 3 blogger & beritahu en daus.. *


award yg ni dia suruh kongsi ngan minimum 3 blogger
lepas tu kene inform kat blog dia
tp kene jawap tag jugakla..

1. Anda seorang bintang??
tidak, saya adelah seorang ibu

2. Berapa bintang penulis harus bagi utk blog anda?
penulis ini merujuk kepada siapa? Yan kah?! heheh.. daku fenin dengan tag ini.

3. Adakah penulis seorang yg sombong?
Yan ker?dia baik.. rajin meroyan di blog Catatan Ibu & gila AF.. hehehhe..

4. Dari mane anda mengenali blog penulis?
agaknya masa mama Aqish buat contest baby cute..

5. Anugerah ini ada berapa warna?
4, merah kuning hitam putih

*Pesanan penaja : Maaf award ini tidak kakyong agih2kan sebab ku sendiri fenin.. bila ku masuk blog encik Daus itu... hahahah... *


Award 2 : dari MamaSyaza
Friendship tag



Syarat2 nya :
Tepeklah hadiah ni kat blog korang tanda daku amat menghargai
kewujudan korang semua.
Pastu stori mori la ckit pasal kawan yang paling baik/kawan yang paling
korang sayang/kawan yang boleh simpan rahsia diri kita

Hmm.. kakyong ni sebenornya kawan baik semua dah jauh-jauh.. kawan tempat mencurah rahsia pun jauh juga... boleh kata memang takde kawan rapat (untuk masa ini) tapi masa dulu ade.

Masa sekolah rendah.. ni adalah antara kawan rapat..



Yasmin Pauzi
  • kami berkawan baik sejak di SKBT, masa darjah 5 & 6. dia kini adalah seorang guru, 10 tahun dulu dia mengajar di Sg Petani..
  • dah lost contact dgn dia hampir 10 tahun.. harap sangat dapat jumpa Min... Min ni orang Kodiang, masa kat UUM dulu pernah la g umah dia.. suami dia askar (tak tau askar melayu ke apa ke tapi last dia kabo dia dok sg petani dekat Kem askar tu lah....
  • Masa sek rendah dulu (back to year 1983-1984), petang2 selalu g rumah dia, pastu melepak kat pantai Teluk Ketapang.. sembang macam2 hal.. biasa lah kan, kawan baik semua hal nak dikongsikan.. sebab kami ni sama-sama anak sulong & ada macam-macam konflik dalam famili...
  • Ade tak orang Sg petani kat sini... tolong lah daku nak jumpa semula dgn kawan ku ini... *memang sungguh jejak kasih ni*.. kalo dapat jumpa semula, memang best sangat2..
Zaiton Wahab
  • Dia ni pun sama, kawan sekolah sejak di SKBT juga.. dia ni mak yang bela dia mak angkat.. so dia ni sort of 'terabai'lah jugak.. *kawan-kwan daku memang seme problematic.. mcam daku juga.. *
  • Masa form 1, kami satu kelas di Sek Men Ibrahim Fikri. *kakyong sekolah situ 1 penggal jer* Kami lah budak perempuan yg paling nakal sekali dalam kelasm sebab suka lastik saper yg tidur dalam kelas.. *lastik guna getah tu ler.. gentel2 kertas, pastu target kat kepala saper2 yg tidur dalam kelas* kami dok belakang & hujung sekali.. jadi memang boleh nampak lah kepala saper yang tersengguk tu.. *kakyong masa tu Pengawas tau... tapi nakal kan main.. depan cikgu baik jer...*
  • Kami masih contact2, masa kakyong kat MRSM, memang selalu lah tulis surat pada dia.. kira sekali tulis tu berkajang2 lah... heheh.. kami jumpa balik masa kat UUM... *masa tu terputus contact jap sejak habis SPM*.. bila dapat jumpa tu memang best sangat.. tapi kat UUM tak rapat sgt, sebab dia dok kolej (asrama pelajar) lain.. tapi kalo dapat jumpa macam2 lah citer... & dia plak masuk setahun lewat.. sebab seblum tu dia amik diploma kat KUSZA..
  • sekarang pun masih contact2 juga via email... mertua dia org Taiping, jadi berharap dapat jumpa dia bila dia balik raya ke Taiping tahun ni.. tahun lepas tak sempat..
  • sekarang ni dia dok kat Rawang, & ade 2 orang anak.


yang ini pulak kawan masa kat MRSM Terendak




cikgu Desnawati & Siti

Siti Hasniza
  • Dia la ni koje kat Maybank Kuantan. Alamak lupa la dept apa
  • Lama jugak lost contact.. actually kami sama belajar kat UUM tapi tak perasan.. sebab apa ntah.. memang betui la takde jodoh kat UUM
  • dapat contact semula masa hujung tahun 2007, tapi daku jer la yang malas nak email dia..
  • kami baik masa form 1.. 4 orang masa tu KY, siti, hasmawati & norita.. kami namakan geng kami Norhawani...
  • Siti ni dulu dia alah makan daging lembu.. so kalo kat dewan makan menu daging lembu tu.. boleh lah daku menge'pau'..



norie & family.. foto year 2007

Norita Ramli

  • Norie pun salah seorang geng Norhawani.. heheh.. dia la ni koje kat Jabatan Audit Negara sbg Audit Dalam.. dulu dia station kat Perpustakaan Negara, tapi sekarang ni tak pasti le kat mana.. *lupa nak tanya...*
  • baru ni, Mar 2009 dia bersalin anak yang ke3.. lupa lagi nak tanya nama..
  • dulu dengan dia ni lah tempat mengadu segala hal *masa sekolah & kat U*.. la ni dah tak sangat..
  • Norie ni orang kelantan.. baru ni ayahnde dia jalani operation kanser payudara *jangan ingat org pepuan jer kena sakit ni.. orang laki pun ade juga yg kena* lupa nak tanya status ayahnde dia camane skrg...


Maka dengan besar hati daku ingin pass kan award bertag persahabatan ini kepada
*list ni adalah kawan-kawan yang menyunjungi blog Catatan Ibu pada 29 May 209, rekod setakat jam 5 petang *
  • MamaSyaza (pulangkan semula sbb ku ingin tahu kesah beliau pula)
  • Syahadah
  • SitiSifir
  • hezlina @ Umi Ina
  • Syayassir
  • UmmuMishkah
  • Ibu aliya @ Zuhaina
  • Mommy Lyna
  • U-jin
  • Cik Fid Yuitsumuni
  • Mama SS
  • Bonda Humayra
  • yatie chomeyl (boleh ke mommy dalam pantang ni menjawab tag.. hihii)



8 ulasan:

  1. Terima kasih kak yong!
    Nak kena belek album lama ni.. ehehehhehe

    BalasPadam
  2. Alah kakyong, saya takde scanner tak tepek gambar lama...but I'll try to do this

    BalasPadam
  3. UmmuMishkah,
    heheh, ini lah masanya nak mengenang kawan lama... ;)

    Puan sitisifir,
    kalo ade kamera digital boleh snap jer photo lama tu... :)

    BalasPadam
  4. saya pun takdak scanner la kak yong...
    pic melambak nak share..simpan dulu boleh..balik kg..baru scan...!!bole ke paki camera digital...nanti saya try..!!!bagus gak idea kak yong ituww

    BalasPadam
  5. Syahadah,

    kakyong seme foto2 lama kakyong snap guna digital kamera.. tegakkan foto tu.. pastu shoot, tp kena adjust sebelum u snap.. trial & error... pastu edit la guna photo editing...

    BalasPadam
  6. kak yong,
    tima kasih...
    tak sangka, bertuah sungguh sebab kebetulan buka blog kak yong time tu ye.. (padahal memang selalu buka pun... hehehe)
    ok, sambil baca, sambil berfikir, "kat mana ye gambar2 kawan2 nih?" :P

    BalasPadam
  7. HEHE..NI YE TAGNYE...ade kawan baik tp gambar ntah ade ntah tak..hehehe..akan diusahakan..toce2 k.yong

    BalasPadam
  8. Salam Bib,
    Aku terjumpa blog kau ni secara tak sengaja. Terharu aku baca entry kau. Betul dulu kita sgt rapat tapi jarak, masa dan keadaan dah mengubah semua. Kita dah jarang bertanya kabar w/pun masing2 ada FB (kau yg introduce aku dulu). For your info, abah aku, alhamdulillah dah makin sihat. Aku sayang kau Bib....

    -Norie-

    BalasPadam